Mari Melawat Ke Bengkel Kemahiran Hidup SKSB

Selasa, 3 Ogos 2010

Projek Tanaman Hiasan Murid Tahun 4

Pengenalan
Di bawah tajuk Tanaman Hiasan murid-murid didedahkan dengan jenis -jenis Tanaman Hiasan. Terdapat 7 jenis Tanaman Hiasan  yang wajib diketahui oleh murid secara umum iaitu ;
1. Pokok Naungan.
2. Pokok Bunga Semusim.
3. Pokok memanjat dan menjalar.
4. Pokok Palma.
5. Pokok Penutup bumi.
6. Pokok Renek.
7. Pokok Kaktus.

Medium Semaian
Murid-murid juga akan diberi peluang merasai pengalaman menanam Pokok Tanaman Hiasan di dalam kumpulan. Murid-murid akan menanam pokok tersebut dengan campuran medium mengikut nisbah yang ditetapkan.

Medium semaian tersebut ialah :
1. Tanah loam (tanah liat untuk penegap kepada tanaman).
2. Tanah pasir sungai ( pasir halus untuk pengaliran air dan udara).
3. Bahan organik ( reputan najis haiwan sebagai baja untuk membekalkan nutrien).